This is BizOppers

27 March 2010

Blogger Sebagai Rakan - Setia Anda

Blogger Sebagai Rakan


Di Nuffnang, kami merupakan sebuah pelantar pengiklanan blog untuk BLOGGER oleh BLOGGER. Selaras dengan itu, para blogger yang memiliki skil dan pengaruh telah dijemput untuk bekerjasama dengan kami dan kebiasaannya adalah secara percuma. Mereka diibaratkan rakan kongsi Nuffnang serta menjadi duta dan penasihat bagi kami. Mereka membantu dalam mencari peluang-peluang terbaik bagi blog anda, memberitahu kami kehendak anda dan menggunakan kepakaran mereka demi memastikan pengalaman anda di Nuffnang adalah sebaik mungkin. Identiti mereka akan didedahkan di sini suatu masa nanti!

 Aktiviti Luar Bersama Blogger


Mari warnai persekitaran anda! Blogging mungkin suatu aktiviti yang bosan dan sunyi, tetapi kami akan cuba untuk meningkatkan tahap keseronokan dengan menganjurkan aktiviti kepada anda bersama-sama rakan blogger yang lain. Ia mungkin Go Kart, Paintball atau yang berkaitan dengannya. Cadangan anda amat dialu-alukan. Pihak Nuffnang akan cuba menanggung bayaran secara penuh atau membayar subsidi kepada jumlah kos aktiviti demi memupuk persahabatan di kalangan blogger dalam komuniti kami. Sila terus mendengar perkembangan ini dari kami!

Bina "Keluarga Blogger" Anda!


Di alam blog kita semua mempunyai rakan-rakan yang gemar menulis topik yang sama. Apabila kita semua berjumpa, ia dapat menjalin hubungan yang baik, membina kandungan blog yang menarik dan juga dapat membina alam blogosphere yang lebih baik. Kami di Nuffnang akan membantu anda untuk berhubung dengan para blogger yang berkongsi minat yang sama, segalanya dengan cara yang sebenar! Dengan menganjurkan aktiviti perjumpaan blogger dalam pelbagai jenis tema dan tujuan, anda pasti mempunyai peluang berjumpa rakan-rakan blogger yang turut teruja seperti anda!

 Sesi Rangkaian


Anda mungkin mendapat pekerjaan atau sokongan dalam salah satu sesi rangkaian pengiklan kami. Pengiklan kami pula mungkin dapat mencari seorang penganjur kepada produk atau perkhidmatan mereka. Anda boleh duduk beristirehat sambil mengambil langkah ke hadapan dalam hidup anda.

Penganjuran Aktiviti Berasaskan Blog


Kami di Nuffnang amat berbesar hati untuk membantu anda membina sebuah komuniti blog yang terbaik. Kami dapat menganjurkan pelbagai jenis aktiviti perjumpaan berasaskan blog demi membantu aktiviti anda menjadi kejayaan dan kami sentiasa mencari peluang! Sila hubungi kami dengan butir-butir projek anda dan kami akan memberikan maklum balas!

post signature

0 Terjahan Anda:

Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger