21 April 2010

Berita Sedih lagi -Perginya seorang seniman


Al Fatihah
dan Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Shamsudin (DIN Glamer).

Dengan dukacitanya dimaklumkan , baru sebentar tadi saya menerima berita daripada Abg Man ,

memaklumkan yang seniman serba boleh, penyair , pelakon, penyanyi, aktivis sastera dan Dj yang tidak asing di Perak dan di Malaysia iaitu sdr Shamsudin Atau lebih dikenali sebagai Abg Din Glamer telah kembali ke rahmatullah pada pukul 06.30 pagi - 20 April 2010 (Selasa) .

Sebelum ini beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh berakibat daripada sakit buah pinggang.

Beliau juga seorang anggota Polis Diraja Malaysia yang sungguh berdidikasi, berdisiplin tinggi dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja tidak kira agama, keturunan mahupun bangsa .

Marilah sama kita mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat
Al-Fatihah.


Source: Putera30 PhotoGrapher And Designer

0 Terjahan Anda:

Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger